Tuesday, December 1, 2009

Bala Turun Disebabkan 15 Perkara

Maksud Hadis: "Daripada Ali bin Abi Talib r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka," iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu sahaja.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka kepada ibunya.
6. Anak terlalu asyik berbaik-baik dengan kawannya.
7. Anak suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.
13. Para artis disanjung (menjadi pujaan).
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan)generasi pertama (sahabat).

No comments:

Post a Comment