Wednesday, December 2, 2009

Panduan Am Guru

PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TRIANG 3

1. Arahan Am

1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru dan staf sokongan adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dan staf sokongan dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi perintah am tersebut.
1.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain yang sedang berkuatkuasa.
1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.
1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang.
1.5 Guru hendaklah mengamal dan menghayati falsafah dan matlamat pendidikan negara.
1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas.
1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.

2. Kedatangan

2.1 Jadual waktu mengajar mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
2.2 Guru dikehendaki berada di kawasan sekolah selewat-lewatnya lima (5) minit sebelum waktu belajar dan menulis kehadiran di dalam buku kedatangan semasa sampai dan balik sekolah.
2.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu Pengetua secepat mungkin.
2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan.

3. Keluar Waktu Mengajar

3.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pelajaran atau Pejabat Pelajaran Daerah dengan syarat mendapat kebenaran Pengetua terlebih dahulu.
3.2 Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan ditulis dalam Buku Rekod Keluar. Guru dikehendaki mendapatkan kebenaran Pengetua terlebih dahulu sebelum keluar.
3.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

4. Cuti

4.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal
4.1.1. Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP)0046.SJ/A/ (30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian selain daripada tugas mengajar.

4.2 Cuti Sakit
4.2.1 Sijil Sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
4.2.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun.
4.2.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran untuk menentukan pembayaran gaji.

4.3 Cuti Tanpa Gaji
4.3.1 Mengikut Perintah Am Bab C, Cuti Tanpa Gaji (CTG) boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang mustahak.
4.3.2 CTG boleh dipohon daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya.
4.3.3 Kelayakan CTG ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.
4.3.4 CTG untuk tujian keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.
4.3.5 Kelulusan CTG yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri 10 minggu sebelum tarikh bercuti

4.4 Cuti Rehat Khas
4.4.1 Cuti Rehat Khas (CRK) sebanyak 7 hari dalam satu tahun kalendar diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan menggantikan Cuti Sambilan yang diberikan sebelum ini.
4.4.2 CRK yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat bagi pegawai yang layak.
4.4.3 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang layak diberi CRK adalah: semua pegawai yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal atau cuti semester di sekolah atau institusi pelajaran dan pengajian tinggi; Guru Sandaran Terlatih; dan Guru Kontrak.
4.4.4 Dalam menimbang pemberian CRK, pihak yang meluluskan hendaklah memastikan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta institusi pelajaran dan pengajian tinggi tidak terjejas.

4.5 Cuti Keluar Negeri
4.5.1 Semua guru yang hendak bercuti keluar negeri mesti mendapat kelulusan daripada Jabatan Pelajaran Negeri. Sila isikan borang permohonan selewat-lewatnya 5 minggu sebelum tarikh bercuti.

5. Pakaian

5.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur.
5.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan.
5.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai.
5.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.
5.4.1 Guru perempuan – seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit.
5.4.2 Guru lelaki – seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.

6. Perhubungan Sesama Guru

6.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.
6.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/ fahaman / pendapat/ kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain.
6.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kaum, status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.

7. Bilik Guru

7.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.
7.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di dalam kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai `non-teaching period’ dan bukannya `free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.
7.3 Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.
7.4 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.

8. Perjawatan dan Pengajaran

8.1 Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Pengetua.
8.2 Guru yang menghadapi masalah di dalam bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Ketua Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran atau Guru Penolong Kanan.

9. Tugas

9.1 Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum dan pentadbiran. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
9.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan, misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pelajaran atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua. Jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh pihak lain atas persetujuan sesama sendiri, maka ia mesti sampai ke pengetahuan Pengetua.

10. Jadual Waktu

10.1 Guru Tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri.
10.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran Pengetua.



11. Jadual Kedatangan Pelajar

11.1 Setiap guru tingkatan akan diberi sebuah Buku Kedatangan Pelajar (BKP). Guru bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya yang tercetak di bahagian dalam kulit hadapan.
11.2 BKP hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada setiap hari oleh guru tingkatan pada waktu pertama. Sekiranya guru tingkatan tidak hadir, Penyelaras Tingkatan bertanggungjawab menandanya.
11.3 BKP hendaklah sentiasa berada di pejabat.
11.4 Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli selama satu minggu, ibu bapa atau penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis.
11.5 Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh guru yang bertanggungjawab.
11.6 Guru tidak dibenarkan membawa balik BKP ke rumah.

12. Keselamatan Harta Benda Sekolah

12.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah.
12.2 Ketua Panitia/Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.

13. Kebersihan

13.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat.
13.2 Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut.
13.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan pelajar.

14. Surat Menyurat

14.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Pengetua untuk disampaikan kepada pihak berkenaan.
14.2 Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan dengan segera terhadap surat-surat tersebut.
14.3 Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah:
14.3.1 Mengambil fail yang berkenaan di pejabat
14.3.2 Mengambil tindakan yang diperlukan
14.3.3 Memulangkan semua fail itu ke pejabat.
14.4 Surat-menyurat yang diuruskan oleh pejabat sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua. Guru berkaitan bolehlah menyimpan satu salinan surat litup.

15. Pergi ke Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah

15.1 Guru-guru yang hendak berurusan di JPN atau PPD hendaklah memakai pakaian bekerja.
16. Pelawat

16.1 Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Pengetua terlebih dahulu.
16.2 Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya.

17. Membeli Barang

17.1 Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan borang yang boleh diperolehi di pejabat. (Borang Pesanan Dalaman).
17.2 Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia/Guru Kanan Mata Pelajaran/Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.
17.3 Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan (LO).
17.4 Segala invois mesti ditandatangani (nama/cop) oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas.

18. Kegiatan Kokurikulum

18.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur.

19. Perhimpunan Mingguan Sekolah

19.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa dan hari-hari yang ditetapkan.
19.2 Guru bertugas diminta menguruskan keseluruhan perjalanan perhimpunan.
19.3 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang (kemas dan bergaya).
19.4 Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah.
19.5 Aturacara perhimpunan seperti lampiran.

20. Mesyuarat Guru

20.1 Dari masa ke masa Pengetua akan memanggil mesyuarat guru. Kedatangan semua guru ke mesyuarat ini adalah diwajibkan.
20.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia.
20.3 Guru yang tidak dapat hadir mesyuarat atas sebab-sebab tertentu dikehendaki memaklumkan kepada Pengetua dan dikehendaki membaca minit mesyuarat apabila kembali bertugas serta menurunkan tandatangan.

21. Buku Stok/Inventori

21.1 Guru Kanan Mata Pelajaran atau Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok/inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini.
21.2 Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Pengetua/Guru Penolong Kanan.

22. Tanda Nama

22.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah/ diluar sekolah.




23. Keahlian Kelab Guru / PIBG

23.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah.
23.2 Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat.

24. Penggunaan Alat-Alat

24.1 Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.
24.2 Mesti mendapat kebenaran daripada Ketua-Ketua Bahagian atau Penjaga Stok – serta direkodkan.
24.3 Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik.
24.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta.

25. Arahan dan Pekeliling

25.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangan selepas membacanya.
25.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail peribadi.
25.3 Sekiranya pekeliling itu dari Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran/PPD, guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil.

26. Telefon

26.1 Penggunaan telefon hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan telefon sekolah, bayaran yang dikenakan mengikut kadar panggilan (kadar panggilan tempatan 0.30 sen seminit). Setiap panggilan hendaklah direkodkan.
26.2 Penggunaan telefon bimbit tertakluk kepada peraturan terkini.


27. Kunci

27.1 Semua kunci disimpan di pejabat.
27.2 Sekiranya ada guru yang menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, mestilah mendapat kebenaran dari Pengetua. Guru tersebut bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya.

28. Acara / Majlis Rasmi Sekolah

28.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara r

No comments:

Post a Comment