Tuesday, December 8, 2009

Etika Kerja Dalam Islam

Pertama
Bekerja Dengan Azam Mengabadikan Diri Kepada Allah

Dengan menyedari dan menghayati bahawa manusia adalah hamba Allah, maka sewajarnyalah setiap manusia mengabdikan dirinya kepada Allah, dengan mengikuti segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya. Seseorang pekerja hendaklah menyedari dan menghayati bahawa mencari nafkah yang dimulai dengan niat itu ialah ibadat. Maka setiap pekerja haruslah berusaha menunaikan tugasnya dengan sebaik-baiknya demi kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak.

Kedua
Bekerja Dengan Ikhlas Dan Amanah

Bekerja dengan ikhlas bererti bekerja dengan penuh kerelaan dan dengan suci hati untuk mencari keredhaan Allah. Setiap pekerja harus menyedari bahawa jawatan yang dipegangnya adalah hasil permohonannya. Maka sewajarnyalah seseorang pekerja itu menjalankan tugasnya dengan penuh kerelaan apalagi dengan kesedaran bahawa kerja yang dilaksanakan olehnya itu suatu amal soleh dalam usaha mengabadikan diri kepada penciptaNya. Sesuatu kerja atau jawatan adalah hasil daripada perjanjian yang dipersetujui bersama antara majikan dan pekerja. Pekerja berjanji akan menunaikan tugasnya dan majikan puka berjanji akan membayar gaji setiap bulan. Jika seseorang pekerja tidak menjalankan tugasnya maka ia bolehlah dianggap sebagai penipu dan memungkiri janji.

Ketiga
Bekerja Dengan Tekun Dan Cekap

Ketekunan adalah suatu sifat yang amat diperlukan oleh seseorang pekerja. Setiap pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan masing-masing semasa menjalankan tugas sekiranya mereka tekun. Apabila kita hendak menilai seseorang pekerja, ciri yang terpenting ialah kecekapannya. Mutu kecekapan seseorang itu akan terus meningkat jika pekerja itu sanggup belajar atau menambah ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan tugasnya secara berterusan. Menuntut ilmu sepanjang hayat menjadi suatu perkara yang penting sekiranya kita tidak mahu ketinggalan.

Keempat
Bekerja Dengan Semangat Gotong-Royong Dan Berpadu Fikiran

Dalam perkhidmatan awam, seseorang pekerja itu bertugas dengan suatu kumpulan pekerja tertentu. Untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang, suatu kumpulan pekerja itu mestilah saling bekerjasama, bergotong-royong melaksanakan tugas masing-masing. Sikap bantu membantu antara satu sama lain akan menimbulkan suasana kerja yang aman dan gembira. Suasana sedemikian akan meningkatkan hasil dan mutu perkhidmatan setiap pekerja. Kita juga hendaklah menggalakkan perbincangan sesama sendiri, bertukar fikiran untuk mengkaji masalah yang mungkin timbul. Perbincangan seperti ini akan meningkatkan rasa kekitaan di antara pekerja dan dengan sendirinya akan meningkatkan rasa tanggungjawab bersama terhadap sebarang kegiatan kumpulan pekerja yang berkenaan.

Kelima
Bekerja Dengan Matlamat Kebahagiaan Manusia Sejagat

Setiap pekerja hendaklah memberi layanan dan khidmat yang sama rata kepada semua orang tanpa mengira kaum ataupun agama

No comments:

Post a Comment